Seniman Akan Ambil Tindakan Terhadap Ammar Titan

Zed Zaidi menyelar tindakan Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

PETALING JAYA: Tindakan pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa Watson iaitu Nyambek turut diselar oleh Persatuan Seniman Malaysia yang berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan ahli persatuan itu.

"Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.

"Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti," ujarnya.

Ulasan

Catatan Popular