Animasi Upin & Ipin Perlu Diharamkan Sebab Watak Gay Abang Salleh?

Siapa yang tidak pernah menonton animasi terkenal di Malaysia iaitu Upin & Ipin dengan watak dua budak lelaki botak yang merupakan adik beradik kembar itu.
Namun di dalam kegirangan animasi yang menjadi kesukaan kanak-kanak termasuklah orang dewasa ini, terselit sebuah watak yang menjadi persoalan iaitu watak “Abang Salleh” yang didakwa watak gay.
Sebelum ini filem antarabangsa ‘Beauty & The Beast’ terpaksa dipotong babak gay menyebabkan tayangan filem tersebut tidak dapat ditayangkan di Malaysia pada tarikh yang telah ditetapkan menyebabkan ramai yang ‘menggelupur’ termasuklah seleberiti Fazura.
Jika dilihat watak ‘Abang Salleh’, ternyata watak lelaki yang lemah lembut itu disifatkan sebagai pondan mahu pun gay tetapi sehingga sekarang animasi Upin Ipin masih ditayangkan dan watak pondan tersebut masih wujud.

Persoalannya, adakah watak ‘Abang Salleh’ di dalam Upin dan Ipin gay ataupun lelaki yang lemah lembut?
Jika benar watak tersebut adalah gay seperti didakwa, eloklah dihentikan penayangan di televisyen ataupun lenyapkan watak ‘Abang Salleh’ dari animasi tersebut.
Ada sumber yang mengatakan sebenarnya watak ‘Abang Salleh’ bukanlah seorang gay, tetapi seorang lelaki yang lemah lembut dan lebih kepada ke arah pondan walaupun tidak berhias sepertimana yang kita lihat kebanyakkan pondan di Malaysia.
Walaupun watak ‘Abang Salleh’ bukan seorang gay seperti yang didakwa, tetapi harus diingat watak lemah lembut ‘Abang Salleh’ itu secara tak langsung akan mempengaruhi kanak-kanak yang menontontonnya.

Ulasan

Catatan Popular